Rabu, Mei 16, 2012

Oh Sang Pencurah




Guru Oh Guru.
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Rabu, Mei 09, 2012

Mendaki Kehidupan

Replika Sebuah Pendakian

Kalau boleh, saya memang nak ibaratkan kehidupan ini seperti suatu pendakian.

Kerana kita ini sedang dalam pendakian.

Kesukaran, tidak patut menjadikan kita gagal menjejak puncak pengakhiran.
Keselesaan, tidak pula menjadi sebab untuk kita berpatah kembali ke titik permulaan.
Kerehatan pula tidak seharusnya menjadi punca untuk kita berhenti di tengah jalan.

Kerana kita ini sedang dalam pendakian.

Tapi, kita ini kadang2 lupa.

Terlupa akan realiti dan hakikat pendakian.
Terlupa akan persekitaran yang sering sahaja melemaskan.
Terlupa akan tanggungjawab dan keperluan.

Terus sahaja tenggelam di 'peak2' yang tertentu.
Terlupa langsung yg diri itu sedang dalam pendakian.

Pendakian tu memang susah dan payah.
Tapi kita boleh sampai ke puncak sebenarnya.
Syaratnya, kena bersedialah. 

Persediaan dan persiapannya pulak suatu prosses memakan masa.
Sebelum, sewaktu dan even setelah sampai di puncak kelak.

Iya, kena lalui prosses persediaan. Baru competent nak mendaki. 

Barulah sampai ke puncaknya. 





Khamis, April 26, 2012

Turning Point

Assalamualaikum,

Firstly, this post got nothing to do with anything since it is not written in Bahasa Melayu. Tetibe.
Just a simple random story that came across me couple of days ago.
And i want to share it with the whole world (since internet ni satu dunia boleh access). 

I've just heard from my friend that my other friend in uitm is now having a change for a better person.
I mean, 'hijrah' (terms yg orang2 sekarang selalu guna).
He now just love to know more about islam. And seriously I'm touched.

That friend, for me he is a good guy. I dont know how on earth he gets very eager to have a change (hijrah) time2 cuti ni. Sebab biasanya sebelum2 ni tak macam ni. Tapi nak pelik apa? Hidayah Allah tu kan luas?

Anyway, this is just a great news to be heard. Hope he will keep istiqomah on this after all.

The thing is he finally found his turning point for some reason (of course Allah yg mentakdirkan sebegitu). 

And this, this, this, could be the turning point for me either.
All this while, I wasnt so sure whether I should continue my degree in Perak, or Shah Alam. Honestly, I prefer Shah Alam.

But this good news has (eventhough not totally) changed my mind. 
Now, how I wish to pursue my degree in perak in order to contribute something towards my friend's determination. Takpe zubayr, slowly memupuk diri untuk sambung kat Perak. Hehe

Above all, Allah knows best. And I just need to make up my mind and to accept anything that Allah has planned. Need to get prepare as well.

That's all.

*sistem penentuan tempat study degree utk student uitm ditentukan oleh sistem administrasi itu sendiri. Takleh pilih sendiri. Let's wait n see how it goes.
**Result semester akhir saya akan diumumkan esok pagi. Doakan saya dpt yg terbaik ye. ameen.

Rabu, April 25, 2012

Ku Memohon

Ya, Allah.

Daku memohon dengan penuh rasa kehinaan dan kerendahan...

Sucikanlah hati ini dari segala noda2 dan dosa2...
Terangilah hati ku ini dengan seputih cahaya yg membuka lagi menerangkan...
Teguhkanlah hati ku ini dengan kemanisan iman yg menguatkan...
Pagarilah hati ku ini daripada rasa ingin berpaling kepada kejahatan...

Sungguh,
Dosa silam itu tidak jemu2 mencengkam diri...
Khilaf yg lampau itu tidak letih2 menghantui...
Kealpaan dan kesilapan dulu2 masih berlegar memenuhi ruang fikiran...

Ya Allah,

Aku memohon agar diperkuatkan semangat dan kesungguhan...
Agar sentiasa dibimbing di sepanjang perjalanan...
Agar senantiasa jelas apa sebenarnya yg terhampar dihadapan...
Agar selalu yakin mana satu keutamaan, dan mana yg terkemudian...

Sungguh,
Tak terdaya aku...
Kerna hanya Kamu, tempat aku terus memohon dan mengadu...

@Kangkar Pulai,
2:34 am 25/4/12,  

Rabu, April 18, 2012

Terlewat

Baru2 ini, saya terlewat untuk ke sebuah temujanji konferens riang.
Temujanji yang sangat penting. 

Penting buat mengekalkan penerusan kesihatan luar dan dalam (baca: jasmani dan rohani).
Tapi malangnya terlewat.

(Terlewat tu bukan bermakna lagi setengah jam temujanji tu nak habis atau lebih singkat lagi. Kes saya ini, kira tak lewat sangatlah. boo. alasan -,-"). 

Rasa, macam tak nak dtg terus je sebab lewat. 
Pikir dua tiga kali jugaklah nak gerak ke taknak ke temujanji tu.
Then, teringat pula satu kaedah dalam usul fiqh,

"Perkara yang tak mampu diraih/dibuat/dapat kesemuanya, janganlah pula ditinggalkan kesemuanya..."

At the end, Allah detikkan hati untuk pergi jugak. Harapnya dapatlah sedikit sebanyak main content konferens riang dlm temujanji tu , even terlewat. Urghh.

Namun, di sana saya dapati ada pengajaran yg sangat berguna buat diri.

Dan di sana, saya harap pengajaran itu dpt menjadi satu 'booster' buat diriku yg sering (dah selalu sgt 'sering', dah tak tau nak cakap apa dah. lol) leka-lalai-lupa-alpa-dll dalam mengurus hal2 diri.

Yup, pengajaran tu ada kaitan dengan content konferens riang ku itu.

Dan pengajaran itu nak kongsi lain kali lah...

*konferens riang : sort of majlis ilmu la lebih kurang...

Isnin, April 16, 2012

Sedar

Kebanyakan ketika, 'kesedaran' sangat perlu dalam menjadi titik tolak melakukan sesuatu.

Tapi kadang2 ada orang suka ambil mudah bila nak buat something.   
Asal buat je. 
Asal siap je.
Asal 'take part' je, cukup lah.

Means, tak check balik kenapa perkara2 itu kita patut buat, macammana perkara2 itu patut kita faham.

Biasanya bila macam ni, kalau mati langkah tgh jalan, akal pun mati sekali. 
Boleh jadi hilang punca. Hilang arah.

Then, sepatutnya kita jadilah mcm kartun 'muhammad' dalam video ni. 

Dia tahu apa yg perlu. Dia mahu lakukan sesuatu. And of course la dia mampu.

Sabtu, Ogos 27, 2011

Pulang

Bismillah,

Insya-Allah, hari ini saya akan pulang ke kampung menghabiskan sisa-sisa Ramadhan yang berbaki di sana disamping menyambut hari 'kemenangan' Eidul Fitri 1432H bersama-sama sanak-saudara dan ahli keluarga yang lainnya. Doakan semoga perjalanan saya dan keluarga berada dalam keadaan yang selamat pergi dan pulangnya. Juga mohon didoakan supaya kita tergolong dalam golongan yang layak menyambut kemenangan dalam keadaan penuh keredhaan oleh-Nya.

Ramadhan semakin hampir menghampiri sisi penghujungnya. Lalu, bakal tamatlah sudah pengajian kita di bulan tarbiyah(mendidik) ini. Lantas, pulanglah semula kita ke medan sebenarnya. Medan yang sepatutnya kita tempuhi semula seperti sebelum menjelangnya Ramadhan dulu.

Tapi kali ini pelbagai bekalan, senjata, perisai dan kelengkapan sepatutnya telah pun tersemat kemas di tiap2 bahagian diri yang 'vulnerable'. Orang yang sedar tentang hakikat 'medan sebenar' ini pasti sudah tersedia semua kelengkapannya.

Rugilah pula bagi yang tak sempat 'get ready' (sedih nak ckp, kemungkinan besar diri saya sendiri, isk). Jadi, hanya mampu berdoa agar tergolong dalam hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan diterima amalannya. Insya-Allah

Saya ulangi, Ramadhan masih ada berbaki. Manfaatkan ia sepenuh2nya.

Pulanglah kita semua dengan diri yang baru. Hadapi kehidupan dengan bekalan yang diperoleh~

Wallahua'alam~